Ini
kisah yang tidak enak untuk kita dengar dan sebenarnya saban hari
perkara ini semakin menular di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahana
facebook. Situasi ini tidak lagi perkara yang luar biasa di luar negara
sehinggakan ada yang sanggup membunuh isteri sendiri kerana hanya
menukar status married kepada single.
Suami Main Cinta Di Facebook!!! (Ini Bukan Main cinta tapi dah Main Semua)
SUAMI saya mengadakan hubungan terlarang dengan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.
Wanita berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami saya.
Saya juga dapat mengesan hubungan mereka melalui telefon bimbit.
Sehingga kini saya masih dihantui kandungan e-emel dan gambar perempuan itu. Macam mana saya hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami saya demi anak saya yang masih kecil?
FARHANA
Kuala Lumpur
Jawaban :
FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.
Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).
Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.
Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.
Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.
Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.
Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.
Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.
Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.
Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah ‘tindakan’ yang lain walaupun ia sangat pahit.
Allah berfirman: “(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…” (Surah al-Nur ayat 26) – HMETRO
Jika suami isteri pon boleh mencurangkan diri sejauh ini, bagaimana
dengan yang belum berkahwin??? Mulai hari ini sama-sama la suami isteri
membongkar password dan username masing-masing.
Biar dikatakan tidak percaya kepada suami/isteri sendiri janji tidak
berlaku perkara yang tidak diigini. Sekarang ini gejala isteri curang
juga semakin menular dikalangan rakyat Malaysia.
Kes suami curang?? Tidak perlu diungkapkan lagi kerana semakin hari semakin bertambah.
0 comments:
Posting Komentar